-sham-

R&D/TA

3809

 

 

 

Salam…………………

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 

Ya Allah

Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

 


Ya Muhaimin

Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah
hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu. Jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

 


Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

 


Ya Allah

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..


AMIN

 

……………………………………………………………………………………………………

KALAM HIKMAH :

 

” Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara” -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

 

 

 

“ Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. ” -I mam Umar bin Abdul Aziz

 

 

 

 

 

 

 



Assalamualaikum,

Nak dengar satu cerita tak?
Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
Rasululllah s.a.w bersabda: ” sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang
bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai
dua lidah dari lidah api neraka jahannam”.


Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita”.
Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: ” sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan
semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh
berkata-kata. “Salah seorang sahabat pun bertanya, “kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah s.a.w: ” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian
malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.
Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan
dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi.


Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah
ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,
katanya, “sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada
di lautan dan juga di daratan”. Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera
menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak
lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.


Oleh itu, marilah kita “jaga” lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.
Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

 



 

 

Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.5.476 / Virus Database: 269.9.6/865 – Release Date: 6/24/2007 8:33 AM

 

Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.5.476 / Virus Database: 269.9.6/865 – Release Date: 6/24/2007 8:33 AM

Rahsia lelaki yang tersirat….

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah.

Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata `air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy.

Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sen tiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untukmemulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

 

Info

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

 

 

CINTA Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya dan kita sebaik mungkin tidak mahu menyakitkan hatinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat.

SAYANG Kita memerlukan dia dimasa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi ‘telinga’ kepada masalah kita.

SUKA Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu.

MINAT Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti Brad Pitt, sudah pasti kita akan melihat gerak-geriknya. Sekiranya dia pandai melukis, apa shaja yang dilukisnya pasti cantik belaka.

 

Sebab kenapa kau perlu berkahwin sahabat baik

 

Statistik menunjukkan yang entri berbaur cinta menarik lebih ramai gadis-gadis ke’sini. Ha ha.

Sebuah entri tulisan seorang gadis bernama Ika (nama macam familiar) menarik perhatian aku untuk memberi respon. Sebenarnya sudah lama aku ingin kemukakan pandangan aku yang satu ini tapi masa sahaja tidak sesuai.

Dan sekarang, oleh kerana entri yang lepas masih di’ingati, aku tampilkan sebab kenapa kau perlu berkahwin dengan sahabat baik kau sendiri — menarik ‘kan untuk di’bincangkan?.

Pertamanya, entri ini bukannya menyuruh kau call sahabat baik kau sekarang juga & ajak berkahwin, tetapi jika kau ada rasa yang sahabat baik kau menunjukkan bibit-bibit mahukan sesuatu yang lebih dari hubungan sekarang, kau patut terima. Ini sebabnya.

99% dari orang yang bercinta mengharapkan pasangan mereka merupakan soul mate mereka yang telah di’tentukan oleh Tuhan. 1% lagi adalah gay. Jika kau mahu pasangan kau menjadi soul mate, kau perlu pilih seseorang yang tidak jauh beza sifatnya dengan diri kau. Dan kebiasaannya, orang yang tidak mempunyai sifat yang jauh berbeza dengan diri kau adalah sahabat baik yang telah bersama kau buat bertahun-tahun lamanya.

Orang kata, perbezaan itu satu cabaran dalam perhubungan. Come on. Bagi aku, cabaran itu hanya keterujaan hormon dalaman yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi jika perbezaan yang ada itu sangat ketara. Selepas sebulan, dua bulan atau setahun, kau akan merasa letih untuk menghadapi perbezaan yang ada & kau akan mula selesa dengan mereka yang mudah untuk bersetuju dengan pandangan kau atau sekurang-kurangnya tidak membantah dengan keterlaluan. Siapa orang itu? Sahabat baik kau.

Orang kata, persefahaman itu boleh di’bentuk semasa bercinta & selepas kahwin. Aku kata, itu sesuatu yang membuang masa. Antara matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang. Perhubungan yang penuh dengan permainan untuk memahami antara satu sama lain adalah sangat karut — hidup akan lebih enjoy bersama mereka yang sedia memahami kita (dan begitu juga kita).

Konsep stereotaip yang di’pegang orang sekarang adalah membentuk kekasih hati menjadi sahabat baik. The truth is, kekasih hati tidak akan menjadi seorang sahabat baik sebaik sahabat yang kau mulakan tanpa apa-apa niat.

Persahabatan selalunya bermula tanpa kau berniat untuk hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di’depan mereka. Kau menerima dia seadanya dia, dan dia menerima kau seadanya kau. Apa yang selalu kita lakukan di’awal fasa percintaan? Hipokrit tanpa sedar yang ramai orang sanjung sebagai jalan menuju cinta sejati. Tahi.

 

 

Berapakah gaji seorang LELAKI yang sepatutnya?

 

Ada satu perbincangan di Forum Lowyat berkaitan berapakah pendapatan atau gaji seorang lelaki yang sepatutnya di’situasi dunia sekarang. Perbincangan ini di’mulakan oleh seorang perempuan yang meletakkan harapan terhadap kekasih hati’nya untuk memperoleh RM10,000 sebulan sebelum berumur 30 tahun sebagai syarat untuk sebuah kehidupan yang selesa di’masa hadapan.

Sebelum aku baca komen-komen seterusnya dari pembaca di’sana, aku terkesima sekejap kerana seorang lelaki, belum berkahwin sudah di’tetapkan oleh kekasihnya (baca: kekasihnya) untuk memperoleh RM10,000 sebulan. Harapan yang tinggi & bagus tetapi pada aku ia’nya sesuatu yang tidak realistik & sampah.

Jika aku dapat kekasih begini, aku rasa lebih baik aku tinggalkan dari memenuhi keperluan yang tidak masuk akal. RM10,000 sebulan adalah terlalu tinggi untuk seorang yang makan gaji & baru beberapa tahun bekerja. Gaji seorang jurutera baru secara purata adalah RM2,500 dan katakan mula bekerja ketika berumur 24 tahun. Jika setahun kenaikan gaji sebanyak 10% sekali pun, ketika berumur 30 tahun, gaji sebulan kau adalah RM4,429. (Betulkan aku jika aku silap). Jumlah ini sudah cukup banyak jika kau bijak mengatur perbelanjaan untuk sekeluarga.

Apa perlu BMW 3 Series jika kau boleh selesa dalam sebuah Proton Waja atau Perdana? Kenapa perlu makan mewah di’luar setiap hari jika masak di’rumah adalah lebih murah & menyihatkan? Kenapa mahu duduk di’bandar mewah jika kau boleh duduk di’kawasan yang lebih rendah kos sara hidup’nya. Bukan aku menidakkan cita-cita mereka yang mahu kaya, hidup mewah & di’pandang tinggi oleh society, tetapi hidup biar realistik.

Sebenarnya, seorang perempuan perlu melihat dari segi berapa banyak seorang lelaki boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa mereka perolehi dalam sebulan. Jikapun lelaki itu memperoleh RM10,000 sebulan, tetapi habis di’belanjakan untuk perbelanjaan yang bukan-bukan (contohnya gadget baru yang tidak perlu, modifikasi kereta yang bukan-bukan, makan mewah setiap hari & rokok yang melampau), ia tetap tidak membawa apa-apa kebaikan ‘kan? Plus, jika seorang lelaki itu kaki kad kredit, selamat datang ke’dunia bercakap tentang duit tidak cukup setiap hari.

Itu belum lagi perbelanjaan seorang lelaki ke’atas kekasihnya. Seperti kes yang di’bincangkan di’sana, pada hemat aku kekasih hati lelaki ini adalah seorang yang high-maintenance mengalahkan kereta Satria aku. Dia ada tulis tentang perbelanjaan rawatan kuku di’salon yang masuk dalam senarai perbelanjaan utama. WTF?!

Meletakkan harapan sebegitu tinggi ke’atas lelaki hanya akan membuatkan seorang lelaki itu merasa tertekan lebih-lebih lagi jika dia sayangkan kekasihnya lebih dari segala. Dan, aku rasa, jika kau sayangkan boyfriend kau, aku tidak nampak duit sebagai perkara PALING penting dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting adalah bagaimana kau berdua menguruskan kewangan dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berkahwin.

Kau, lelaki, ada kekasih hati kau tetapkan matlamat kewangan kau sebelum berumur 30 tahun?

Kau, perempuan, ada harapan yang tinggi begitu terhadap lelaki?

 

mulakan..

Mulakan Isnin Dengan Lebih Bermakna

 Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April. Masa berlalu begitu pantas, kan? Jadi, bagaimana hujung minggu kau yang sudah, seronok melayan televisyen 28′ atau melayan terik matahari & awan berjalan di’luar rumah? Apa pun yang kau lakukan di’hujung minggu sudah, hari Isnin adalah hari paling penting dalam seminggu untuk kau mulakan apa juga tanggungjawab dalan kehidupan seharian.

Samada kau seorang pemotong rumput, seorang tukang sapu, seorang tukang masak, seorang pelajar, seorang pekerja di KLCC, seorang kerani sementara, seorang jurutera kimia, seorang ahli bomba, atau seorang majistret, aku persembahkan 5 tips untuk memulakan hari Isnin yang kita miliki saban minggu dengan lebih bermakna.

Bangun awal, ucapkan selamat pagi

 Aku akui aku bukan manusia pagi (morning person) yang senantiasa bangun menikmati matahari pagi. Dan, keadaan ini sebenarnya satu cabaran buat aku untuk bangun pagi ― buat mereka yang sejenis dengan aku juga (gimme five yeah!).

Sebagai menepati matlamat untuk bangun lebih awal di’hari Isnin, aku biasa’nya akan tidur lebih awal dari biasa & berusaha untuk membuka telinga kepada alarm telefon bimbit aku. 90% usaha aku akan berjaya. Peratusan berjaya akan lebih tinggi jika seseorang menjanjikan sarapan yang sedap jika aku bangun awal.

Kelebihan – Kau akan mampu melakukan kerja dengan siap lebih awal dan punya banyak masa untuk perkara-perkara menyeronokkan yang lain. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produkviti sepanjang minggu. Mahu tahu bagaimana untuk bangun awal tanpa alarm telefon bimbit atau jam?

Hubungi orang yang tersayang

 Ambil 5 minit masa yang kau ada setelah kau bangun awal pagi, hubungi orang yang paling penting dalam hidup kau. 5 minit sahaja. Orang itu boleh jadi mak, ayah, adik terdekat, kawan sepejabat, kekasih gelap, kekasih hati atau kucing kesayangan. Tanyakan khabar dan kisah hujung minggu mereka. Biarkan mereka bercerita secara ringkas buat hiburan ringan untuk kau di’pagi hari.

Sebelum mengakhiri perbualan, katakan yang kau sudah mahu pergi kerja (kolej, kuliah etc.), atau memulakan sesuatu yang penting untuk seminggu itu dan minta mereka doakan yang segalanya akan menyeronokkan. Percakapan 5 minit itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna buat kau sebagai semangat sehingga Jumaat tiba ― mungkin lebih lagi.

Kelebihan – Kuasa sokongan dari orang tersayang adalah lebih kuat dari penangan secawan Kapal Api. Cuba’lah. Silap hari bulan, kau bukan sahaja akan sampai ke bulan (sila tonton iklan tv Kapal Api), malah ke’hujung barisan planet (tu dia metafora).

Kemaskan ruang kerja

 Setiap dari kita semestinya mempunyai kawasan kerja sendiri yang kita akan duduk untuk jangkamasa yang panjang. Untuk menjamin keselesaan membuat kerja di’pagi Isnin yang selalunya menjanjikan timbunan tugasan yang bukan alang, aku sarankan kau & diri aku sendiri untuk mengemas kawasan kerja yang ada.

Buang apa yang tidak patut. Susun semua barangan keperluan yang kita gunakan dengan teratur ― supaya apabila di’cari, semuanya ada. Bersihkan persekitaran dari segala macam habuk. Jika kau terlebih rajin, beli’lah wangian mengikut kesukaan dan gantikan wangian yang ada. Berikan sesuatu yang baru buat minggu tersebut.

Kelebihan – Kawasan kerja yang mudah di’akses & tidak berserabut secara langsung akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja & meningkatkan produktiviti. Dan, kau juga akan ada ruang untuk membuat sepah untuk sepanjang minggu, kan?

Dengarkan sesuatu yang baru

 Bila kali terakhir kau mendengar sesuatu yang lain dari selera muzik kau? Carikan sesuatu yang baru untuk halwa telinga sepanjang kau melakukan kerja. Jika kau mempunyai senarai muzik di’dalam komputer yang sering di’ulang putar, apa kata jenguk’lah ke laman-laman web yang menawarkan muzik dari selera seluruh dunia.

Jika sebelum ini kau berminat dengan Ramlah Ram atau Sheila Majid, apa kata kau rancakkan sedikit tempo muzik yang ada dengan mendengarkan Kanye West & John Legend, atau apa-apa genre muzik yang bisa membuatkan hati kau teruja. Jangan pula kau cari New Boyz.

Kelebihan – Keterujaan kau untuk mendengar muzik baru akan terbawa-bawa ke’dalam kerja. Ketika itu, hanya ada muzik baru & kerja yang kau harus siapkan.

Senyum kepada dunia

 Buat semua orang gembira dengan senyuman di’pagi Isnin. Tidak kisah’lah jika hari itu kau di’cop sebagai seorang yang menang loteri di’hujung minggu, yang penting kau perlu beritahu dunia, lebih-lebih lagi rakan-rakan di’sekeliling kau yang kau amat bersemangat untuk memulakan Isnin dengan lebih bermakna.

Senyuman di’pagi Isnin juga akan membuatkan kerja kau dengan orang di’sekeliling menjadi lebih mudah kerana mereka tahu kau berada di’dalam mood yang baik & bersedia melakukan kerja dengan lebih sempurna. Kool bukan?

 

kata2 hikmah

 

Orang yang selalu bersyukur adalah orang yang selalu tahu berterima kasih…

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

 

 

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

 

 

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

 

 

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari” ( Saidina Ali)

 

 

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

 

 

 

kenapa aku memilih dia

a good one ....

Semoga bermanfaat.. ..... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun
bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa?

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah  jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini
saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang
teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau
dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia
jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika
dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka
berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi
kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis
pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk
bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa
kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin  berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya
tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya
faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak
perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama
ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya
sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.
Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada
saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop
surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa
mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya
melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya.. Saya mula membacanya.Saya
membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.  Dan sampai saat inipun
saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu?......

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
*********

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia
biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa..
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap memilih anda..

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi
lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan
jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
*********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini
saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata
yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa
dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu  memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada.
betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu
masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... .." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi
masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah
hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia
sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala
kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah
terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu
bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang
utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk
ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang
mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah
pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan
kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,
lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

cantik menarik ko memang de BOM

Allah S.W.T berfirman:

 

 

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk

menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat

untuk

menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan

kenyamanan.”

 

 

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu

melahirkan

anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari

anak-anaknya.”

 

 

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh

keluarganya

dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

 

 

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam

 

setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat

menyakiti hatinya.”

 

 

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam

kegagalannya

dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk

melindungi hatinya.”

 

 

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa

seorang

suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi

kadang

menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi

suaminya

tanpa ragu.”

 

 

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini

 

adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

 

 

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang

dikenakannya, susuk

yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya.Kecantikan seorang

wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu

hatinya, tempat

dimana cinta itu ada.”

 

 

~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali….

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana,

Setiap Wan ita itu Cantik…~

 

 

 

 

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan…….

 

 

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi

anda dan sanggup mati kerana anda.

 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi

anda dalam beberapa cara.

 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin

menjadi seperti anda.

 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada

seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia

tidur.

 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup

bahagia.

 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada

hikmah disebaliknya.

 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah

semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk

mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan

memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan

memperolehinya.

 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala

maki hamun,

caci & cela.

 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan

merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk

memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya

seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk

menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang

hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang

yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang

menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk

menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak

menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan

kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti

memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup

mereka kepada yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

30 perkara yang pompuan tak sempat bagi tau lelaki

believe me guys … this is so true …………………

 

 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan be! rkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekunt! um senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebaran gan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.

Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki aka! n sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya! . So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

 

 

 

talkin dalam bahasa melayu

Talkin dlm bahasa melayu

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg
meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer…., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik
yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..

WALLAHU A’LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada
orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada
bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan
terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila
mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan
berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada
syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu
juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang
di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah
Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan
kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati
dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr Dari Abdullah bin ‘Amr R.A , Rasulullah
S.A.W bersabda: “Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat…”

 

« Older entries
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.