Mulakan Isnin Dengan Lebih Bermakna
Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April. Masa berlalu begitu pantas, kan? Jadi, bagaimana hujung minggu kau yang sudah, seronok melayan televisyen 28′ atau melayan terik matahari & awan berjalan di’luar rumah? Apa pun yang kau lakukan di’hujung minggu sudah, hari Isnin adalah hari paling penting dalam seminggu untuk kau mulakan apa juga tanggungjawab dalan kehidupan seharian.
Samada kau seorang pemotong rumput, seorang tukang sapu, seorang tukang masak, seorang pelajar, seorang pekerja di KLCC, seorang kerani sementara, seorang jurutera kimia, seorang ahli bomba, atau seorang majistret, aku persembahkan 5 tips untuk memulakan hari Isnin yang kita miliki saban minggu dengan lebih bermakna.
Bangun awal, ucapkan selamat pagi
Aku akui aku bukan manusia pagi (morning person) yang senantiasa bangun menikmati matahari pagi. Dan, keadaan ini sebenarnya satu cabaran buat aku untuk bangun pagi ― buat mereka yang sejenis dengan aku juga (gimme five yeah!).
Sebagai menepati matlamat untuk bangun lebih awal di’hari Isnin, aku biasa’nya akan tidur lebih awal dari biasa & berusaha untuk membuka telinga kepada alarm telefon bimbit aku. 90% usaha aku akan berjaya. Peratusan berjaya akan lebih tinggi jika seseorang menjanjikan sarapan yang sedap jika aku bangun awal.
Kelebihan – Kau akan mampu melakukan kerja dengan siap lebih awal dan punya banyak masa untuk perkara-perkara menyeronokkan yang lain. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produkviti sepanjang minggu. Mahu tahu bagaimana untuk bangun awal tanpa alarm telefon bimbit atau jam?
Hubungi orang yang tersayang
Ambil 5 minit masa yang kau ada setelah kau bangun awal pagi, hubungi orang yang paling penting dalam hidup kau. 5 minit sahaja. Orang itu boleh jadi mak, ayah, adik terdekat, kawan sepejabat, kekasih gelap, kekasih hati atau kucing kesayangan. Tanyakan khabar dan kisah hujung minggu mereka. Biarkan mereka bercerita secara ringkas buat hiburan ringan untuk kau di’pagi hari.
Sebelum mengakhiri perbualan, katakan yang kau sudah mahu pergi kerja (kolej, kuliah etc.), atau memulakan sesuatu yang penting untuk seminggu itu dan minta mereka doakan yang segalanya akan menyeronokkan. Percakapan 5 minit itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna buat kau sebagai semangat sehingga Jumaat tiba ― mungkin lebih lagi.
Kelebihan – Kuasa sokongan dari orang tersayang adalah lebih kuat dari penangan secawan Kapal Api. Cuba’lah. Silap hari bulan, kau bukan sahaja akan sampai ke bulan (sila tonton iklan tv Kapal Api), malah ke’hujung barisan planet (tu dia metafora).
Kemaskan ruang kerja
Setiap dari kita semestinya mempunyai kawasan kerja sendiri yang kita akan duduk untuk jangkamasa yang panjang. Untuk menjamin keselesaan membuat kerja di’pagi Isnin yang selalunya menjanjikan timbunan tugasan yang bukan alang, aku sarankan kau & diri aku sendiri untuk mengemas kawasan kerja yang ada.
Buang apa yang tidak patut. Susun semua barangan keperluan yang kita gunakan dengan teratur ― supaya apabila di’cari, semuanya ada. Bersihkan persekitaran dari segala macam habuk. Jika kau terlebih rajin, beli’lah wangian mengikut kesukaan dan gantikan wangian yang ada. Berikan sesuatu yang baru buat minggu tersebut.
Kelebihan – Kawasan kerja yang mudah di’akses & tidak berserabut secara langsung akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja & meningkatkan produktiviti. Dan, kau juga akan ada ruang untuk membuat sepah untuk sepanjang minggu, kan?
Dengarkan sesuatu yang baru
Bila kali terakhir kau mendengar sesuatu yang lain dari selera muzik kau? Carikan sesuatu yang baru untuk halwa telinga sepanjang kau melakukan kerja. Jika kau mempunyai senarai muzik di’dalam komputer yang sering di’ulang putar, apa kata jenguk’lah ke laman-laman web yang menawarkan muzik dari selera seluruh dunia.
Jika sebelum ini kau berminat dengan Ramlah Ram atau Sheila Majid, apa kata kau rancakkan sedikit tempo muzik yang ada dengan mendengarkan Kanye West & John Legend, atau apa-apa genre muzik yang bisa membuatkan hati kau teruja. Jangan pula kau cari New Boyz.
Kelebihan – Keterujaan kau untuk mendengar muzik baru akan terbawa-bawa ke’dalam kerja. Ketika itu, hanya ada muzik baru & kerja yang kau harus siapkan.
Senyum kepada dunia
Buat semua orang gembira dengan senyuman di’pagi Isnin. Tidak kisah’lah jika hari itu kau di’cop sebagai seorang yang menang loteri di’hujung minggu, yang penting kau perlu beritahu dunia, lebih-lebih lagi rakan-rakan di’sekeliling kau yang kau amat bersemangat untuk memulakan Isnin dengan lebih bermakna.
Senyuman di’pagi Isnin juga akan membuatkan kerja kau dengan orang di’sekeliling menjadi lebih mudah kerana mereka tahu kau berada di’dalam mood yang baik & bersedia melakukan kerja dengan lebih sempurna. Kool bukan?